Sunday, August 15, 2010

PENCEMARAN INDUSTRI

Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkkan bahawa pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal , haba , kimia , kesan biologi , ke atas mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakkan perkara-perkara yang membahayakan alam sekitar , Mencemar barang-barangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah , menyebabkan suatu keadaan yang membahaya atau mungkin membahayakan kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan awam  menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat , had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bwah akta ini . Di samping itu , pencemaran laut juga berlaku apabila laut dijadikan sebagai tempat buangan pejal daripada pelbagai industri seperti radioaktif dan sisa toksik . Pencemaran udara juga berlaku akibat daripada  asap yang dikeluarkan daripada industri-industri yang berasaskan kayu , getah , kejuruteraan dan lain-lain .
Pencemaran Marin juga berlaku apabila berlaku tumpahan cecair “petroleum hydrocarbon” alam laut atau persisiran pantai akibat dari aktiviti industri. Minyak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah minyak mentah, produk petroleum yang telah diproses (seperti petrol dan diesel), minyak engine atau buangan minyak yang telah digunakan. Minyak apabila tumpah ke laut mengambil masa berbulan-bulan untuk dibersihkan. Sebenarnya kebanyakan pencemaran minyak berlaku akibat dari aktiviti industri, tetapi tumpuan umum dan peraturan masa kini lebih tertumpu kepada kapal tangki di laut.Kesan kepada alam sekitar dari tumpahan minyak adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis dan jumlah tumpahan. Kebiasaannya produk petroleum yang telah diproses seperti petrol dan diesel lebih mudah bercampur dengan lapisan permukaan air dan lebih toksid kepada hidupan marin, tetapi lebih mudah terpelewap dan tidak kekal lama dalam persekitaran yang  berlakunya tumpahan.

Dengan keadaan ramai penduduk yang tinggal dan bergantung hidup kepada kawasan persisiran pantai, seperti aktiviti penangkapan ikan dan pelancongan, kesan tumpahan minyak daripada kegiatan industri kepada penduduk persisiran pantai boleh menjadi serius. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya desakan kepada  syarikat minyak, pemilik kapal, dan pembuat kapal bersama-sama bertanggungjawab untuk mengelakkan kejadian tersebut  berlaku. Disebabkan minyak lebih rigan dari air dan tidak mudah lupus, ia boleh berada di permukaan air dalam tempoh yang lama. Disebabkan minyak juga boleh terbakar, tumpahan minyak boleh  mengakibatkan kebakaran di laut.

Selain itu , sumber-sumber pencemar dari kawasan perindustrian contohnya    pembuangan sisa kilang . Kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya.Sebagai contoh, zink, timah hitam dan raksa akan membahayakan hidupan akuatik. Proses seperti metal finishing merupakan pengeluar utama sisa toksik yang digunakan dalam industri elektronik, elektrikal, penyaduran (electroplating) dan industri kereta khususnya pencucian bahagian logam rawatan permukaan (Surface treatment) untuk mengelak dari berkarat, ' galvanising' dan ' mengilap'. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari. Contohnya beberapa batang sungai di Malaysia telah dikesan tercemar dengan sisa-sisa buangan kilang. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahawa pada tahun 1989, daripada batang sungai yang diselia, 48 sungai didapati bersih, 43 sungai sedikit tercemar dan hanya 3 tercemar. Pada tahun 1997 pula, JS mendapati daripada 117 batang sungai yang diperiksa, 24 batang sungai didapati bersih, 68 sedikit tercemar dan 25 batang sungai dikenalpasti sangat tercemar. Antaranya Sungai Prai didapati sangat teruk dicemari oleh raksa, di mana daripada sample yang diambil didapati melebihi nilai standard 0.004mg per liter. 12 batang sungai di Johor dan Sungai Melaka turut mengandungi plumbum melebihi nilai standard 0.02mg per liter. 
 Kilang juga mengeluarkan bunyi bising daripada jentera atau mesin yang mereka gunakan. Selain itu, aktiviti perindustrian juga menggalakkan kemasukan buruh asing. Hal ini kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan dan negara kita kekurangan tenaga buruh. Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan buruh asing ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan dan tenaga kerja asing ini juga sering kali menimbulkan masalah sosial yang lain seperti masalah jenayah dan membawa penyakit yang berbahaya seperti AIDS.
Di samping itu, pembinaan kilang-kilang juga menyebabkan  hasil pertanian semakin berkurang.Hal ini disebabkan banyak tanah atau kawasan yang digunakan  untuk tanaman hasil pertanian telah digunakan untuk mendirikan kilang-kilang seperti ladang getah, ladang kelapa sawit, dan sawah padi. Sekiranya hal ini berterusan, negara kita akan mengalami masalah kekurangan hasil pertanian yang serius dan kita terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengimport hasil pertanian tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum,kawasan perindustrian merupakan sebuah kawasan yang besar dan terdapat banyak kilang yang dirikan di kawasan tersebut.Sebagai contoh, kawasan-kawasan perindustrian didirikan di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Bandaraya Georgetown.Oleh sebab keadaan jalan raya di negara kita masih belum sempurna iaitu tidak cukup luas untuk menampung junlah kenderaan yang banyak di kawasan perindustrian ,maka akan berlaku kesesakan.Jadi, kawasan ini menjadi semakin sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehingga tidak terkawal terutamanya pada waktu pagi dan petang.




PEMULIHAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Di Malaysia,terdapat banyak langkah yang telah diambil untuk memulih dan memelihara alam sekitar.

Kerajaan telah mengambil berat tentang topic ini. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM ke-8 ), kerajaan telah menumpukan pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang lebih bersepadu dan menyluruh. Rangka kawal seliah dan keupayaan institusi diperkukuh, pendekatan dan instrument perancangan baru diperkenalkan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan(RM ke-9) pula, keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar diambil berat. Pengurangan kesan negatif lebih diambil berat dalam rancangan ini.Instrument perancangan alam sekitar banyak digunakan. Contohnya Indeks Pencemaran Udara (API), diguna untuk mengukur kualiti udara, penilaian impak alam sekitar (EIA), penilaian strategik alam sekitar (SEA) dan lain-lain lagi. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dipergiat juga supaya menyokong pengurusan alam sekitar.

Beberapa akta telah ditetapkan untuk mengawal pencemaran udara. Salah satu akta ialah Akta Kualiti Alam Sekitar (AKAS), 1974 (Pindaan 1996). Pembakaran terbuka diharamkan di bawah akta ini. Selain akta,kempen penggunaan alat mesin yang lebih moden juga galak diadakan. Penggunaan alat mesin yang telah diubahsuai melalui pembangunan dan penylidikan (R&D). Contohnya menggunakan peti sejuk,penghawa dingin dan sebagainya yang telah diperbaiki dan kurang mengeluarkan Kloflorokarbon (CFC). Menggunakan penggunaan kenderaan, gunakan kenderaan awam jika boleh. Kekurangan menggunakan kenderaan, pencemaran udara dapat dikurangkan sebab kekurangan karbon monoxida.

Bagi pencemaran air, terutamanya pencemaran laut, kerajaan telah bekerjasama dengan Negara Indonesia untuk memperdaulatkan Selat Melaka. Semua kapal yang digunakan mestilah sentiasa disemak.Sentiasa pastikan kapal dalam keadaan baik supaya kapal selamat diguna. Tenggelaman kapal akan mengalirkan minyak kapal ke dalam air dan ini akan mencemarkan laut. Pelbagai projek untuk kehidupan marin telah dijalankan. Contohnya projek pemeliharaan penyu. Melalui projek ini banyak penyu dapat dilidungi dan diperbesarkan denagn selamat. Nyawa penyu dapat di jamin daripada beberapa segi. Contohnya penyu dapat ke laut dengan selamat sebab perjalanan pada penyu yang baru dari telurnya dapat di jamin. Selain itu, kes-kes kesilapan memakan sapah-sarap juga dapat dikurangkan.

Bagi pencemaran tanah, kitar semula tanah adalah amat penting dijalankan. Terdapat 3 kitar semula jadi yang diperlukan iaitu kitar karbon, kitar Nitrogen dan kitar air. Ketiga-tiga kitar semula ini dijalankan adalah untuk organism terus hidup dan beranak.Semasa kitaran Nitrogen dijalankan,nutrient dapat diberikan kepada tumbuhan. Dalam kitaran karbon dijalankan pula,karbon diaoksida yang terbebas semasa respirasi dapat dibekalkan kepada tumbuh-tumbuhan.

Bagi pencemaran perindustrian pula, kerajaan perlu menetapkan undang-undang yang lebih keras terhadap industri yang tidak menepati piawai penjagaan alam sekitar yang ditetapkan. Industri-industri mestilah dibina jauh dari tempat perumahan. Segala pembinaan, pembalakan dan perlombonagn mesti dikawal dengan ketat. Pembuangan air dari kilang-kilang mestilah difilter sebelum dibuangkan ke dalam sungai. Jabatan yang berkenaan haruslah sentiasa mengambil perhatian tentang isu ini.

Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar harus diadakan.Ini dapat menyedari masyarakat bahawa kesan-kesan buruk yang akan dihadapi jika kita tidak menjaga alam sekitar. Proses kitar semula harus diambil bahagian oleh semua masyarakat. Pangasingan sampah-sarap yang dapat di kitar semula perlu dilakukan, supaya sumber alam sekitar tidak dibazirkan. Selain itu, gotong-royong harus sentiasa diadakan. LAngkah ini banyak membantu untuk memulihara dari pencemaran alam sekitar. Contohnya pencemaran longkang kampong dapat dikurangkan, dan ini dapat mengelakan kebanjiran kampung.

CABARAN

KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM
Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor menggunakan yang mengeluar asap yang kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH seperti yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977. Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan diambil untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Tindakan dalam memelihara perlu dilakukan dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

KOS PENGURUSAN
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam yang berjumlah RM 40 juta.Jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar berbandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun demikian, jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun demikian, nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidikan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar. Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.
KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Kekurangan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.Keadaan ini menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai. Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.









ISU-ISU SEMASA

PEMANASAN GLOBA
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding dengan kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Mengikut model matematik, perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat 1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas-gas rumah hijau. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca di bumi. Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau seperti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.

SUNGAI PALING KOTOR DI  MALAYSIA
Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut, Sungai Pinang adalah antara sungai paling tercemar sepanjang tahun itu sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman.
Kajian hidrologi yang dilakukan mengkategorikan tiga sumber pencemaran sungai ialah pencemaran fizikal seperti sampah-sarap, pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E- Coli, pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi dan pencemaran kimia.
Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga mungkin mencecah RM500 juta kosnya, namun sehingga kini, masih banyak lagi sampah sarap yang terapung di permukaan sungai dan kualiti air yang begitu teruk tercemar. Bukan sahaja penduduk, malah pengusaha bengkel kereta juga menunjukkan sikap tidak beretika dengan membuang terus bahan buangan seperti sisa minyak hitam dan kepingan besi ke dalam sungai.

GEMPA BUMI 26 DISEMBER 2004
Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.

PEMBALAKAN HARAM
Aktiviti pembalakan di Lembah Belum-Temenggor yang tidak terkawal bukan sahaja menyebabkan kemusnahan hutan serta pencemaran sungai malah mengancam hidupan liar. Selain itu, pembalakan juga menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di hutan hujan tertua ini.
Sekiranya usaha mengawal pembalakan tidak segera dilakukan, dikhuatiri hutan hujan tertua di dunia yang mempunyai keluasan seluas 300,000 hektar atau hampir empat kali ganda Singapura itu akan musnah begitu sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

TAUFAN NARGIS, MYANMAR
Taufan Nargis ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 80 ribu orang terkorban dan 56 ribu lagi masih hilang. Bagaimanapun, Perbandaran Labutta sahaja dilaporkan kehilangan 80,000 nyawa dan sesetengah pihak menganggarkan jumlah kematian pastinya melebihi 100,000. Kerosakan pula dianggarkan sebanyak $10 bilion (USD), yang menjadikannya taufan paling mahal pernah terjadi di lembangan ini.

GEMPA BUNI SICHUAN 2008
Gempa bumi Sichuan 2008 pada magnitud 8.0 / 7.9, berlaku pada pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan, sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran. Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran.
Perangkaan rasmi menyatakan 69,136 orang disahkan terkorban, termasuk 68,620 di wilayah Sichuan, sementara 374,061 orang lagi terselamat dengan kecederaan, dan 17,686 orang lagi tersenarai hilang. Gempa bumi ini juga menyebabkan 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal. Bencana gempa bumi ini adalah paling dahsyat dan kuat yang pernah melanda China sejak gempa bumi Tangshan 1976 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 240,000 nyawa. Kira-kira 15 juta orang tinggal di kawasan yang terjejas.

Saturday, August 14, 2010

KESIMPULAN

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

Menghargai bumi dan mengubatinya , janganlah mencederakannya lagi.
Jangan membuat bumi nangis lagi.