Sunday, August 15, 2010

PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah planet yang tidak bernyawa. Tapi pada akhir-akhir ini, persoalan penyediaan air yang memenuhi syarat menjadi masalah seluruh umat manusia. Dari segi kualitas dan kuantitas air telah berkurang yang disebabkan oleh pencemaran. Dari hari ke hari bila diperhatikan, semakin banyak berita-berita mengenai pencemaran air. Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai,tasik dan laut sama ada secara sengaja atau tidak. Pencemaran air  akan berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.    
Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang seperti kebocoran,pembuangan air kumbahan sewenang-wenangnya,sisa-sisa kimia,haba, pembuangan sampah,luahan bahan kimia dan sebagainya ke dalam sumber air. Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air.Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak.Ini bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat,contohnya akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati akibat sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan tidak dapat bernafas. Secara tidak langsung, sumber protein daripada sungai-sungai di Malaysia akan kehabisan. Manakala  para nelayan  juga akan kehilangan sumber pendapatan. Jika pencemaran sungai tersebut berterusan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.            
Pencemaran air yang berlaku bukan sahaja memberi kesan yang akan dialami oleh hidupan yang lain bahkan turut memberi kesan kepada manusia.Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya tahan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.Manusia juga boleh mendapat penyakit yang serius atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada hidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Pencemaran toksik yang masuk ke dalam air  akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.              
Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan alam pada masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah sarap menjengkelkan mata dan tidak indah untuk dipandang. Punca hal ini berlaku disebabkan sampah sarap yang dibuang di laut tersebut. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan pencemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.Secara tidak langsung,pantai-pantai yang tercemar itu tidak dapat menarik hati pelancong untuk mengunjunginya lalu menjejaskan dari segi aktiviti pelancongan negara.
Banjir juga merupakan salah satu kesan kepada pencemaran air pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Banjir mudah berlaku apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut sehingga menyebabkan persekitaran kotor. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan,dan kos meningkat.

No comments:

Post a Comment