Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan mengubah lingkungan tanah alami.Pencemaran ini biasanya disebabkan oleh: kebocoran limpah air atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial;penggunaan pestisida ; masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan;kecelakaan kenderaan pengangkutan minyak,zat kimia atau limbah;air limbah dari tepat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat(illegal dumping).
Ketika sesuatu berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap,tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.
Pencemaran tanah juga dapat memberikan dampak kepada ekosistem. Perubahan kimiawi tanah yang radikal dapat timbul dari adanya bahan kimia beracun/berbahaya bahkan dosis yang rendah sesekalipun.Perubahan ini dapat menyebabkan perubahan metabolism dari mikroorganisme endemic dan antropoda yang hidup di lingkungan tanah tersebut. Akibatnya bahkan dapat memusnahkan beberapa spesies primer dari rantaian makanan, yang dapat memberi akibat yang besar terhadap predator atau tingkatan lain dari rantaian makanan tersebut.Bahkan jika kesan kimia pada bentuk kehidupan terbawah tersebut rendah, bahagian bawah piramida makanan dapat menelan bahan kimia asing yang lama-kelamaan akan terkonsentrasi pada makhluk-makhluk penghuni piramida atas. Banyak dari kesan-kesan ini terlihat pada saat ini, seperti konsentrasi DDT pada burung menyebabkan rapuhnya cangkang telur, meningkatnya kadar kematian anak burung dan kemungkinan kehilangan spesies tersebut.
Dampak pada pertanian terutama perubahan metabolisme tanaman yang pada akhirnya dapat menyebabkan penurunan hasil pertanian. Hal ini dapat menyebabkan dampak lanjutan pada konservasi tanaman dimana tanaman tidak mampu menahan lapisan tanah dari erosi.Beberapa bahan pencemar ini mempunyai waktu paruh yang panjang dan pada kasus lain bahan-bahan kimia derivatif akan terbentuk dari bahan pencemar tanah utama.
Pencemaran tanah dapat memdatangkan kesan yang negatif.Antaranya adalah termasuk:
1) Tanah Beracun – Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara. Ianya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap,sisa toksik dan nuklear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara ialah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.
2) Penyebaran Kuman-kuman Penyakit - Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang yang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
3)Kerosakan Tanah Dan Kualitinya – Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkutan menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu, penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalan raya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
4)Tanah Gersang – Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas tanah kurang berkualiti (tidak subur), yang berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlaku overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondola, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.
5)Membunuh Haiwan Bawah Tanah – Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan bawah tanah. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.
6)Hakisan Tanah – Satu lagi kesan pencemaran tanah adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan gempa bumi.Terdapat banyak negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajaran serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada mengalir bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, hujan ragut yang meluas dan berlebihan, penamanan secara meluas hanya satu jenis tanaman.
No comments:
Post a Comment