Sunday, August 15, 2010

DEFINISI ALAM SEKITAR

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)

24 comments:

  1. boleh beri tajuk buku rujukan..?biblio maybe.. ;)

    ReplyDelete
  2. thanks. siap jugak kerja untuk geo

    ReplyDelete
  3. thanks. siap jugak kerja untuk geo

    ReplyDelete
  4. hahahaha sye tgh membantu pelajar pt3 pada tahun ini...terima kasih atas yg telah di papar kan...thanks

    ReplyDelete
  5. Thanks, sebab ia telah membantu saya untuk mencari maksud alam sekitar utk pt3 nanti....

    ReplyDelete
  6. boleh bagi definisi bagi alam sekitar dan manusia.. definisi yg boleh dikaitkan antara alam sekitar dengan manusia..

    ReplyDelete
  7. Ade x maksud krisis alam sekitar

    ReplyDelete
  8. maksud yg mendalam....finally siap pun kerja geo pt3

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete