Sunday, August 15, 2010

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

 Alam sekitar adalah sangat penting kepada manusia kerana alam sekitar membekalkan oksigen, makanan, air, tempat tinggal, dan lain-lain.
Alam Sekitar merangkumi tanah-tanih, hutan, gunung-ganang,bukit-bukau, sungai, tasik,dan lautan. Ia menjadi tanggungjawab kepada
manusia yang dikurniakan akal untuk menjaga alam sekitar.
 Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan.
 Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara  perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan  mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang  menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari  dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.
 Sebagai satu sumber ekonomi dan biologi, kita perlu memastikan kewujudan alam sekitar yang berkualiti di bumi ini. Tanggungjawab setiap individu di dunia ini untuk memelihara alam sekitar yang bersih sangat diperlukan untuk menjamin alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang.
 Keseimbangan antara pengurusan alam sekitar dengan kepentingan ekonomi dan pembangunan. Kegiatan-kegiatan ekonomi dan pembangunan manusia, seperti menangkap ikan dan membalak adalah untuk meningkatkan taraf hidupnya. Kegiatan ini  melibatkan perubahan kepada alam semula jadi di sekeliling, sesuai dengan kehendaknya. Manusia harus tahu merancang untuk mengawal dan mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitarnya. Sumber bumi yang kaya ini boleh dikelaskana kepada dua, iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yang boleh diperbaharui adalah sumber yang boleh dihasilkan atau diwujudkan kembali di alam semula jadi dalam tempoh yang singkat. Hasil  laut seperti kupang, ikan dan rumpai air merupakan satu contoh hidupan yang boleh diperoleh sepanjang masa. Kayu balak dan rotan mengambil masa yang lebih untuk pertumbuhan, larangan ke atas penggunaan pukat harimau, dan galakan terhadap aktiviti penanaman semula balak dan rotan di  Malaysia adalah contoh usaha yang diambil untuk memulihkan amal semula jadi. 
 Sumber yang tidak boleh diwujudkan kembali melalui kegiatan manusia ialah sumber yang tidak boleh dikembalikan semula. Sumber yang tidak boleh dikembalikan adalah seperti petroleum dan bijih timah. Kegiatan ekonomi sumber ini perlu  dikawal atau dihadkan agar ia tidak kehabisan dalam jangka waktu yang singkat. Kegitan perlombongan di permukaan bumi menghasilkan sisa logam seperti  plumbum yang boleh mencemarkan sungai. Permukaan bumi menjadi terdedah kepada agen hakisan. Kawasan lapang yang berpasir akan wujud dan kawasan ini akan menjadi tidak subur dan menakung air. Usaha boleh dijalankan untuk memulihkan kawasan seperti ini kepada kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Perdana dan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, Malaysia. Industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan menghasilkan sisa yang  toksik dan berbahaya. Sisa ini mendatangkan risiko yng tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti  Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan dalam tahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan  pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuhan.  Alam sekitar haruslah diurus dengan teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang  unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan manusia semata-mata. 

9 comments:

  1. langit,bumi,laut adalah Tuhan bagi manusia tiada Tuhan selain Ketiganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhan hanya ada satu sahaja bukti kewujutan allah ialah manusia adakah air bumi hasilkan manusia adakah manusia jatuh dari langitcuba fikir

      Delete
    2. No the only one god is ALLAH

      Delete
    3. Not everyone is Muslim bruh

      Delete
    4. tolong hormat agama orng lain

      Delete
  2. This is very true.. Humans should realise what they have to the place and the world..

    ReplyDelete
  3. komen paling bangang aku baca dlm ni

    ReplyDelete