Sunday, August 15, 2010

ISU-ISU SEMASA

PEMANASAN GLOBA
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding dengan kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Mengikut model matematik, perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat 1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas-gas rumah hijau. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca di bumi. Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau seperti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.

SUNGAI PALING KOTOR DI  MALAYSIA
Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut, Sungai Pinang adalah antara sungai paling tercemar sepanjang tahun itu sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman.
Kajian hidrologi yang dilakukan mengkategorikan tiga sumber pencemaran sungai ialah pencemaran fizikal seperti sampah-sarap, pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E- Coli, pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal dan biologi dan pencemaran kimia.
Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga mungkin mencecah RM500 juta kosnya, namun sehingga kini, masih banyak lagi sampah sarap yang terapung di permukaan sungai dan kualiti air yang begitu teruk tercemar. Bukan sahaja penduduk, malah pengusaha bengkel kereta juga menunjukkan sikap tidak beretika dengan membuang terus bahan buangan seperti sisa minyak hitam dan kepingan besi ke dalam sungai.

GEMPA BUMI 26 DISEMBER 2004
Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.
Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.

PEMBALAKAN HARAM
Aktiviti pembalakan di Lembah Belum-Temenggor yang tidak terkawal bukan sahaja menyebabkan kemusnahan hutan serta pencemaran sungai malah mengancam hidupan liar. Selain itu, pembalakan juga menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di hutan hujan tertua ini.
Sekiranya usaha mengawal pembalakan tidak segera dilakukan, dikhuatiri hutan hujan tertua di dunia yang mempunyai keluasan seluas 300,000 hektar atau hampir empat kali ganda Singapura itu akan musnah begitu sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

TAUFAN NARGIS, MYANMAR
Taufan Nargis ialah sebuah siklon tropika kencang yang bertemu daratan di Myanmar pada 2 Mei 2008, mengakibatkan kemusnahan bencana dan sekurang-kurangnya 80 ribu orang terkorban dan 56 ribu lagi masih hilang. Bagaimanapun, Perbandaran Labutta sahaja dilaporkan kehilangan 80,000 nyawa dan sesetengah pihak menganggarkan jumlah kematian pastinya melebihi 100,000. Kerosakan pula dianggarkan sebanyak $10 bilion (USD), yang menjadikannya taufan paling mahal pernah terjadi di lembangan ini.

GEMPA BUNI SICHUAN 2008
Gempa bumi Sichuan 2008 pada magnitud 8.0 / 7.9, berlaku pada pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan, sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran. Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran.
Perangkaan rasmi menyatakan 69,136 orang disahkan terkorban, termasuk 68,620 di wilayah Sichuan, sementara 374,061 orang lagi terselamat dengan kecederaan, dan 17,686 orang lagi tersenarai hilang. Gempa bumi ini juga menyebabkan 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal. Bencana gempa bumi ini adalah paling dahsyat dan kuat yang pernah melanda China sejak gempa bumi Tangshan 1976 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 240,000 nyawa. Kira-kira 15 juta orang tinggal di kawasan yang terjejas.

No comments:

Post a Comment