Sunday, August 15, 2010

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Namun demikian, pencemaran alam sekitar kian bertambah. Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan oleh dua faktor, iaitu faktor semula jadi dan faktor manusia. Faktor semula jadi yang menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda rebut taufan, gempa bumi dan sebagainya. Manakala pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh faktor manusia adalah dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya terlibat pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah, pencemaran bunyi dan sebagainya.
Mengikut laporan yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar Utusan Pengguna pada 2001, jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dijangka sebanyak 933000 tan setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%), dan pembakaran terbuka (4.9%). Pertumbuhan aktiviti perindustrian dan pembangunan mendatangkan kesan penambahan kadar pelepasan gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Sebagai contoh, kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Selain itu, masyarakat moden semakin bergantung kepada pengangkutan bermotor yang mengguna tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil yang akan menghasilkan asap. Pembakaran terbuka pula selalunya dilakukan di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula, tindakan ini menghasilkan partikel jelaga yang banyak.
Di samping itu, pencemaran air berlaku berleluasan apabila sisa bahan buangan kilang seperti sisa toksid yang berbau busuk dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah, kerana tidak memerlukan kos pelupusan, perbuatan ini dapat menjimatkan kos syarikat. Kekurangan pengetahuan juga menyebabakan pemilik industri tidak mengambil berat dan cuba mengelakan piawaian keselamatan yang ditetapkan. Tambahan lagi, pembuangan bahan-bahan buangan seperti minyak, sampah, dan najis oleh pihak yang tingga berhampiran dengan laut juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. Permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan tanah menyebabkan penokaan semakin bertambah. Penokaan yang dijalankan akan menyebab hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan mengalir ke dalam sungai menjadikan sungai mendakan.
Pencemaran tanah disebabkan oleh bahan buangan yang dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemarnya pula terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Sektor perindustrian dan sektor pertanian selalunya merupakan sektor yang menjana pencemaran tanah. Bagi sektor perindustrian, pembuangan bahan-bahan buangan seperti minyak, sisa toksid, sisa-sisa kilang selalu berlaku dan ini menyebabkan pencemaran tanah. Selain itu, sikap manusia yang tidak menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah telah melakukan penebangan pokok-pokok. Tujuannya adalah untuk mengerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi ngara. Bagi sektor pertanian pula, penggunaan racun serangga dan baja kimia secara berlebih-lebihan sering kali berlaku. Penggunaan ini akan merosakkan kualiti tanah dan menyebab berlakunya pencemaran tanah.
Rumah-rumah di kawasan perindustrian selalunya menghadapi masalah pencemaran bunyi. Industri-industri yang menggunakan jentera dan kenderaan merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Sering kali kita akan mendapati aduan disairkan di media apabila ketenteraman penduduk terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit. Selain itu, kuari merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi yang cukup bising akan timbul apabila pemecahan batu, enji gerudi dan pemunggahan batu ke lori dijalankan. Dalam kawasan bandar, kenderaan bermotor yang banyak sekali turut menyebabkan pencemaran bunyi yang mengganggu penduduk yang tingga berhampiran.

No comments:

Post a Comment