Sunday, August 15, 2010

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian. Pencemaran bunyi juga berlaku akibat daripada kesesakan lalu lintas apabila terdapat bunyi daripada enjin kenderaan , ekzos , hon dan juga hentaman pintu kenderaan apabila ditutup . Di samping itu , bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang , pencemaran bunyi juga berlaku daripada bunyi kapal terbang yang turun atau naik. Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan bangunan dan bunyi mesin daripada industri perkilangan juga merupakan faktor pencemaran bunyi ini . Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).
Selain itu , Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis . Pertama , Kebisingan selenjar . Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Kedua , Kebisingan fluktasi . Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. Ketiga , Hentakan impuls . Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Keempat , Kebisingan selang-seli . Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
Pencemaran bunyi boleh membawa kesan kepada kesihatan , salah satu ialah keupayaan mendengar akan menjadi berkurangan . Ianya terbahagi kepada dua iaitu Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect) dan Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect) . Kesan Kepada Telinga pula dibahagikan kepada dua iaitu kesan semesta dan kesan kronik . Kesan Semesta disebabkan bunyi yang kuat iaitu melebihi 120 dB . Bunyi ini boleh menyebabkan pecah selaput tympanum , kerosakan tulang kecil pendengaran mahupun hilang pendengaran kekal . Kesan kronik pula ialah pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat ( > 85 dB – 5 tahun , > 8 jam sehari ) . Keadaan ini akan menyebabkan lebih tinggi frekuensi dan kerosakan koklia tinggi . Selain itu , Temporary Threshold Shift (TTS) ialah Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising dan kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising . Keadaan ini akan membawa kesan kepada telinga . Kesan di luar telinga pula diahagikan kepada tiga . Pertama , kesan Fisiology. Ia dapat meningkatkan Tekanan darah melalui  galakan ANS (Autonomy Nerves System) ,  Meningkatkan Pergerakan Otot dan  Meningkatkan pergerakan gastrik . Kedua , kesan Psychosomatic . Kesan ini bolen membawa kepada sakit kepala, pening, loya, muntah , Nystagmus , pergerakan mata tak dapat dikawal . Ketiga , kesan tingkahlaku . Kemungkinan akan menyebabkan mutu kerja dan kecekapan seseorang menurun . Selain itu , seseorang juga akan cepat letih , mudah marah ,gangguan saraf dan ketegangan .
Pencemaran bunyi dapat memberi kesan kepada jantung. Dalam pemikiran, apabila berlaku pencemaran bunyi ini akan menyebabkan kerosakan gegendang telinga sahaja . Ini turut memberi kesan pada organ-organ yang lain. Fakta kajian mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung . Selain daripada itu , pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau37. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap . Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.






No comments:

Post a Comment