Sunday, August 15, 2010

PENCEMARAN INDUSTRI

Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkkan bahawa pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal , haba , kimia , kesan biologi , ke atas mana-mana bahagian alam sekitar dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakkan perkara-perkara yang membahayakan alam sekitar , Mencemar barang-barangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah , menyebabkan suatu keadaan yang membahaya atau mungkin membahayakan kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan awam  menyebabkan suatu perlanggaran terhadap apa-apa syarat , had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bwah akta ini . Di samping itu , pencemaran laut juga berlaku apabila laut dijadikan sebagai tempat buangan pejal daripada pelbagai industri seperti radioaktif dan sisa toksik . Pencemaran udara juga berlaku akibat daripada  asap yang dikeluarkan daripada industri-industri yang berasaskan kayu , getah , kejuruteraan dan lain-lain .
Pencemaran Marin juga berlaku apabila berlaku tumpahan cecair “petroleum hydrocarbon” alam laut atau persisiran pantai akibat dari aktiviti industri. Minyak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah minyak mentah, produk petroleum yang telah diproses (seperti petrol dan diesel), minyak engine atau buangan minyak yang telah digunakan. Minyak apabila tumpah ke laut mengambil masa berbulan-bulan untuk dibersihkan. Sebenarnya kebanyakan pencemaran minyak berlaku akibat dari aktiviti industri, tetapi tumpuan umum dan peraturan masa kini lebih tertumpu kepada kapal tangki di laut.Kesan kepada alam sekitar dari tumpahan minyak adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis dan jumlah tumpahan. Kebiasaannya produk petroleum yang telah diproses seperti petrol dan diesel lebih mudah bercampur dengan lapisan permukaan air dan lebih toksid kepada hidupan marin, tetapi lebih mudah terpelewap dan tidak kekal lama dalam persekitaran yang  berlakunya tumpahan.

Dengan keadaan ramai penduduk yang tinggal dan bergantung hidup kepada kawasan persisiran pantai, seperti aktiviti penangkapan ikan dan pelancongan, kesan tumpahan minyak daripada kegiatan industri kepada penduduk persisiran pantai boleh menjadi serius. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlakunya desakan kepada  syarikat minyak, pemilik kapal, dan pembuat kapal bersama-sama bertanggungjawab untuk mengelakkan kejadian tersebut  berlaku. Disebabkan minyak lebih rigan dari air dan tidak mudah lupus, ia boleh berada di permukaan air dalam tempoh yang lama. Disebabkan minyak juga boleh terbakar, tumpahan minyak boleh  mengakibatkan kebakaran di laut.

Selain itu , sumber-sumber pencemar dari kawasan perindustrian contohnya    pembuangan sisa kilang . Kegiatan pihak pengusaha kilang yang suka membuang sisa kilang ke dalam sungai seperti logam yang berbahaya.Sebagai contoh, zink, timah hitam dan raksa akan membahayakan hidupan akuatik. Proses seperti metal finishing merupakan pengeluar utama sisa toksik yang digunakan dalam industri elektronik, elektrikal, penyaduran (electroplating) dan industri kereta khususnya pencucian bahagian logam rawatan permukaan (Surface treatment) untuk mengelak dari berkarat, ' galvanising' dan ' mengilap'. Pembuangan bahan sisa yang membahayakan ini boleh memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari. Contohnya beberapa batang sungai di Malaysia telah dikesan tercemar dengan sisa-sisa buangan kilang. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati bahawa pada tahun 1989, daripada batang sungai yang diselia, 48 sungai didapati bersih, 43 sungai sedikit tercemar dan hanya 3 tercemar. Pada tahun 1997 pula, JS mendapati daripada 117 batang sungai yang diperiksa, 24 batang sungai didapati bersih, 68 sedikit tercemar dan 25 batang sungai dikenalpasti sangat tercemar. Antaranya Sungai Prai didapati sangat teruk dicemari oleh raksa, di mana daripada sample yang diambil didapati melebihi nilai standard 0.004mg per liter. 12 batang sungai di Johor dan Sungai Melaka turut mengandungi plumbum melebihi nilai standard 0.02mg per liter. 
 Kilang juga mengeluarkan bunyi bising daripada jentera atau mesin yang mereka gunakan. Selain itu, aktiviti perindustrian juga menggalakkan kemasukan buruh asing. Hal ini kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan dan negara kita kekurangan tenaga buruh. Seperti yang kita sedia maklum, kemasukan buruh asing ini boleh menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan dan tenaga kerja asing ini juga sering kali menimbulkan masalah sosial yang lain seperti masalah jenayah dan membawa penyakit yang berbahaya seperti AIDS.
Di samping itu, pembinaan kilang-kilang juga menyebabkan  hasil pertanian semakin berkurang.Hal ini disebabkan banyak tanah atau kawasan yang digunakan  untuk tanaman hasil pertanian telah digunakan untuk mendirikan kilang-kilang seperti ladang getah, ladang kelapa sawit, dan sawah padi. Sekiranya hal ini berterusan, negara kita akan mengalami masalah kekurangan hasil pertanian yang serius dan kita terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mengimport hasil pertanian tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum,kawasan perindustrian merupakan sebuah kawasan yang besar dan terdapat banyak kilang yang dirikan di kawasan tersebut.Sebagai contoh, kawasan-kawasan perindustrian didirikan di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ipoh dan Bandaraya Georgetown.Oleh sebab keadaan jalan raya di negara kita masih belum sempurna iaitu tidak cukup luas untuk menampung junlah kenderaan yang banyak di kawasan perindustrian ,maka akan berlaku kesesakan.Jadi, kawasan ini menjadi semakin sesak dengan kenderaan yang keluar masuk dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehingga tidak terkawal terutamanya pada waktu pagi dan petang.




No comments:

Post a Comment