Sunday, August 15, 2010

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Contoh pencemar udara ialah gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti gas karbon dioksida plumbum dan tembaga serta sisa radioaktif. Pencemar ini secara asasnya terhasil daripada pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, tindakan pembalakan, pembakaran bahanapi fossil, terutamanya loji janakuasa yang menggunakan arang batu akan mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara.
 Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, terutamanya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Sistem pernafasan akan terjejas jika hidup dalam keadaan pencemaran udara sepanjang masa. Melalui pernafasan udara dan bahan cemar yang terperangkap dalam bumi akan masuk ke dalam hidung atau mulut manusia dan akhirnya masuk ke dalam paru-paru melalui trakea. Pendedahan kepada karbon dioksida melambatkan tindak balas dan menyebabkan rasa mengantuk. Bahan pencemar seperti nitrogen dioksida boleh memburukkan lagi penyakit lelah (asthma) dan mengurangkan fungsi paru-paru (lung function). Ozon juga menyebabkan inflamasi paru-paru (lung inflammation) dan mengurangkan keupayaan bergerak (exercise capacity).
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan. Kesan kepada tumbuhan adalah mengalami kerosakan seperti Nekrosis (keguguran daun), Klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Pencemaran udara akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tindak balas bahan pencemar yang terletak pada pokok-pokok dan tumbuhan menjadikan tisu-tisu tumbuhan menghadapi masalah dan akan reput. Lama-kelamaan, tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan sulfur dioksida. Secara tidak langsung, masalah kekurangan sumber makanan dan  pendapatan penduduk terjejas akan berlaku.
Seterusnya, haiwan akan tercemar atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini berpunca daripada udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar. Kesan pencemaran udara dapat dilihat melalui sekumpulan lembu dan kuda di Jerman yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum telah mengalami keracunan yang membawa muat akibat pelepasan habuk plumbum dari kilang tersebut. Di samping itu, pendedahan kepada sulfur dioksida yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950, di Poza Rica, Mexico telah membawa maut kepada sekumpulan haiwan. Kematian haiwan ini disebabkan penghadaman bahan makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan-bahan toksik yang terdapat dalam udara.
Pencemaran udara akan menyebab berlakunya pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pembebasan gas kloroflorokarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyemburan , alat penyaman udara dan peti sejuk akan menipiskan lapisan ozon ini. Pendedahan secara terus di sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit, penyakit mata, mempengaruhi sistem kelalian dan kemusnahan bahan genetik DNA. Pancaran matahari yang terik telah mengakibatkan ketul-ketulan ais di Artik dan Antartik mencair. Paras air laut akan semakin menaik dan membanjiri kawasan-kawasan yang rendah. Ketidakseimbangan  ekosistem turut berlaku.
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid nitrik dan asid sulfurik. Asid tersebut turun dengan hujan telah menimpa hidupan di dunia. Hujan asid mendatangkan pelbagai kesan yang memudaratkan. Gas sulfur dioksida merupakan agen beberapa penyakit kepada manusia seperti sakit dada, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Hujan asid juga mengakibatkan kandungan alkali dan asid dalam tanah menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Tambahan pula, tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik (kurang daripada 5), ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia. Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bahan kimia dalam hujan asid akan melekat dan bertindak balas ke atas bangunan dan menyebabkan bangunan itu mudah rapuh, lemah, pudar dan retak.
Kesan pencemaran udara yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida ,karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat menyimpan haba akan memerangkap haba lalu melambatkan pembebasan haba. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca utama kepada pemanasan global. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan glasier mencair, peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat. Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kemarau panjang, kekerapan banjir, sebaran penyakit malaria dan kehilangan sebahagian besar zon di tepi laut dunia.
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan. Sebagai contoh, kebakaran yang telah berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan masalah jerebu yang serius berlaku di beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pada abab ini, para saintis telah mengadakan perbincangan tentang pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah 0.006% dari tahun 1968 hingga tahun2000.Peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius adalah kesan rumah hijau.
           

1 comment:

  1. Best casino games, slots, and jackpots - DrmCD
    Jackpot City's casino online 의왕 출장마사지 is powered by 전라북도 출장마사지 Microgaming. 경상남도 출장샵 The casino 밀양 출장마사지 has an incredible gaming experience that 아산 출장안마 will keep you entertained. Learn more

    ReplyDelete